top of page

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Ya Allah Rabbuna, Sayyiduna Muhammad sallallahualayhiwasalam

 

Ya Allah.. 

Semoga ikatan pernikahan ini

tidak menjadikan aku yang pertama 

untuk dicintai oleh isteriku

kerana aku mengharapkan isteri

yang mendahulukan Engkau, rasul-Mu

dan agama-Mu dalam cintanya Ya Allah.

 

Hiasi jalinan ini dengan Mawaddah & Rahmah

di bawah payung restu

CintaMu & Sayyidina Rasulullah sallahualayhiwasalam di dunia ini

sehingga dia menjadi pasanganku

di hari pertemuan denganMu.

 

Kurniakan kami zuriat soleh solehah,

umat-umat yang menjadi kebanggaan baginda.

 

Jadikan ikatan ini suatu ibadah mendekatkan diri

kepadaMu & jalan mengikuti Sunnah para anbiya'.

 

Kuatkan jasad & hati kami untuk menjalankan amanah ini.

Hidupkan kami dalam kehidupan para pejuang

Matikan kami dengan kematian para syuhada'.

 

Taqabbalallahuminna. Ameen.

bottom of page